"πππ₯ππ²π¬π’π ππππππ : ππ’π°π πππ«πππ€π"
31 Ogos 2024, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menyertai Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos 2024, hari ini di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Kontinjen MAINPP diketuai oleh Encik Shahril bin Shahrom, Ketua Unit Pentadbiran Tanah, MAINPP.
Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan MAINPP menyertai Perarakan tersebut. Bersama kita hargai dan teruskan semangat kemerdekaan dalam setiap langkah menuju ke generasi gemilang. Mari kita raikan bersama semangat kebebasan dan perpaduan.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67 tahun!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |






